Tips Elak Wifi digodam

~Assalamualaikum~

Entri kali ini mil nak berkongsi sedikit tips untuk mengelakkan Wifi rumah kita di curi. Yalah, dah banyak sangat orang share pasal cara godam wifi. Molek sangat kalau kongsi pasal cara nak prevent benda nie berlaku pada kita. Seperti yang ramai tahu sekarang nie banyak sangat software percuma yang dikeluarkan untuk mencuri Wifi rumah diantaranya BackTrack, Beini dan yang terbaru Xiaopan. Hanya dengan beberapa langkah wifi kita pun dah digodam. Sedih tak?

          Disebabkan kegiatan mereka nie, internet kita pun jadi slow. Yalah user dah bertambah, ditambah lagi kalau dia tengah download. Heee, memang nak kenalah alamatnya. Bak kata orang, kita susah-susah bayar tiap bulan, “korang” pula senang-senang nak pakai tanpa minta kebenaran. Jadi, di sini ada 6 Tips yang mil nak kongsikan disini;

Gunakan kata laluan yang kukuh

Penggunaan kata laluan yang kukuh pada wireless kita akan akan membuat penggodam sukar untuk membuat “cracking” password wifi. Kalau boleh panjang password tu penuhkan sampai 64 character + biar kreatif sikit letaklah bahasa Dusun, Kelate, Indonesia, takpun siam.
Contohnya @SiLa#GoD@W^_^2112UkeLeLEsuP@rM@n*N@D@+C!Nt@. Lagi bagus, tiap minggu tukar password.

Gunakan Wireless Encryption yang baik

Rata-rata pengguna sekarang menggunakan WEP encryption ataupun WPA encryption. Mak aiii, tolonglah berpindah ke era yang baru WPA2-PSK. Tak kisahlah, WPA2-PSK(AES) ataupun WPA-PSK(Tkip). Sebabnya, WEP/WPA encryption ini kuno dan amat mudah digodam dengan hanya mengambil masa beberapa minit. Taadaaa, password anda pun selamat di godam. Jadi penggunaan WPA2-PSK amatlah disarankan kerana ia sukar digodam disebabkan keadaan algoritmanya yang berbeza dengan WEP/WPA.

Disable Wi-Fi Protected Setup (WPS)

Kebanyakkan software yang digunakan untuk membuat “cracking” password wifi adalah menggunakan “brute force attack” di WPS. Senangkata kalau tak disable memang senang kena godamlah tak kisahlah pakai WPA2 sekalipun.

Filter MAC address

Kebanyakkan “Filter Mac Address” kita disetkan “off” oleh pengeluar modem router. Sebabnya, ia memerlukan banyak langkah yang kita kena buat untuk menggunakan ciri-ciri ini. Tapi demi keselamatan Wifi kita yang tersayang. Bukakanlah hati untuk menggunakan ciri-ciri ini.

Jangan paparkan SSID Wireless

Kalau ada yang tidak tahu, SSID ini sebenarnya adalah nama Wifi yang kita gunakan. Jadi dengan menyembunyikan nama wifi sedikit sebanyak akan menghalang wifi kita dari digodam. Lagi-lagi kalau ia digabungkan dengan filter Mac Address. Tips lagi satu rajin-rajinlah tukar nama SSID. Contohnya hari ini nama SSID “sayangbininom1”, besoknya pula tukarlah “sayangbininom2.” 

Rajin Monitor Wifi menerusi Modem

Didalam modem wifi kita sebenarnya disediakan satu “feature” supaya kita dapat mengenal pasti siapa yang menggunakan wifi kita. Sekiranya, ada makhluk Allah yang tidak dikenali menggunakan wifi kita, maka kita pun akan dapat melihat dalam senarai pengguna wifi. Satu lagi tips, jangan lupa tukar password modem sebab default username dan password adalah Admin dan untuk TMNet adalah tmadmin. Confirm hacker tahu punya. Dahlah wifi kena hack, dengan sewenang-wenangnya pula dia masuk modem router kita. (bergantung dengan jenis modem)

          Kalau betul-betul dah ketandusan idea, disable wireless connection dan pakailah Lan Cable sahaja kemudian jadikan PC atau laptop anda sebagai wireless hotspot untuk share connection. !!THE END!!. Mil harap tips ini dapatlah membantu saudara-saudari yang berada diluar sana. Mil tak pandai terangkan secara lebih mendalam sebab mil bukannya expert dalam bidang ini, tapi insyaallah tips yang berikan di atas sedikit sebanyak mungkin akan membantu untuk mengelakkan wifi kita dari digodam. Apapun, Bak kata Radsmil Jagalah Wifi Anda.

Jangan Malu-malu nak kongsi tips yang anda tahu pula.
Think it, Use it. Jangan Simpan.

7 Orang Pengkritik:

;