Laungan Azan Dalam Gereja


~Assalamualaikum~

Tadi semasa melayari youtube mil terjumpa satu video tentang azan. Yang bestnya tentang azan ini ialah ia dilaungkan di sebuah gereja. Kalau tak silap melalui maklumat yang mil dapat, azan ini dirakam sewaktu berlangsungnya dialog di antara agama yang dihadiri oleh puak Yahudi, penganut Kristian dan juga penganut Islam di sebuah gereja berdekatan Universiti Southern California. Menariknya, azan itu dilaungkan oleh seorang pemuda beragama Islam, Ben Youcef yang juga seorang pelakon dan model.  Pada pendapat mil, mungkin ini adalah satu teknik dakwa yang dilakukan oleh beliau?

Tapi apa pula hukumnya bila melaungkan azan di dalam gereja? Tak berdosa? Haram? Yang peliknya, ada yang berkata bilal yang melaungkan azan ini sendiri pun tidak tahu tentang hukum-hakam mengalunkan azan di dalam gereja. Tapi takkanlah tak tahu kot? kata pendakwa? mesti tahu punya.

Untuk menjawab persoalan itu, mil petik soal jawab di bawah;
:Soalan:
~Assalamualaikum~ 
Saya ingin bertanya apakah hukum seseorang itu melaungkan azan di gereja? Saya lihat perkara ini berlaku di luar negara semasa satu dialog antara agama diadakan. Mereka memulakan majlis tersebut dengan melaungkan azan di gereja. !!Terima kasih!!

:Jawapan:
~Waalaikumussalam w.b.t~
Melaungkan azan di dalam gereja adalah harus hukumnya, kerana melihat kepada hukum solat di dalam gereja. Nabi pernah bersabda dan maksudnya"
“Aku akan beri lima perkara yang aku tidak pernah beri kepada sesiapa.” Lalu baginda pun menyebutkan salah satu daripada lima perkara tersebut : “Aku jadikan tanah ini sebagai masjid dan tempat yang bersih,, sesiapa yang ingin bersembahyang, maka bersembahyanglah.” (Riwayat al-Bukhari)
Wallahua'lam ~sumber~
Apapun azan yang disampaikan oleh pemuda ini memang merdu dan membuktikan betapa indahnya islam ini dari pelbagai segi dan aspek, kalau tak pecaya jom layan video kat bawah nie;


Think it Use it
Jangan Simpan

3 Orang Pengkritik:

;