Hukum Rawatan Gigi Bulan Puasa

~~Assalamualaikum~~

"Adoiiiiiiiiiiiiii, sakitnya gigi!" Kalau boleh masa tu juga nak cabut. Biar gigi buruk tu hilang. AhHa, begitulah keadaan mil sekarang, sakit gigi yang pandai hilang dan tetiba datang. Jadi, mil ambil keputusan untuk membuang gigi mil yang berlubang tu. Errkk, tapi sekarang kan bulan puasa kalau cabut gigi ada darah? tak batal juga?

          Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang persoalan ini termasuklah mil sendiri. Jadi untuk menghilangkan keraguan ataupun sikap was-was mil pun carilah maklumat dibawah.

Jawapan Persatuan Doktor

Dari artikel yang telah ditulis oleh Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diedarkan oleh Persatuan Doktor-doktor Pergigian Malaysia kepada semua Doktor Pergigian di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu telah merumuskan, terdapat kaedah rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
  • Melakukan pemeriksaan gigi (Dental Check-up) 
  • Membuat rawatan gigi : meliputi tampalan, cuci, cabutan, rawatan akar, membuat gigi palsu dan sebagainya 
  • Mengambil X-Ray bagi mulut 
  • Suntikan (injection) ubat kebas ke dalam mulut bagi tujuan cabutan gigi 
  • Menelan air tanpa disengajakan semasa sesi rawatan gigi 
  • Memberus gigi 
  • Menggunakan ‘floss’ untuk membersihkan celah-celah gigi 
  • Berkumur dengan ubat kumur 
  • Menelan air liur
Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Oleh itu, sekiranya anda mencabut gigi pada waktu sebelah pagi dan pada tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, puasa anda akan terbatal apabila memakan ubat.

Sekiranya anda mencabut gigi pada waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sehingga waktu berbuka puasa, maka anda tidak perlu membatalkan puasa dan ubat boleh dimakan selepas waktu berbuka puasa. sumber

Jawapan Ustaz

Mencabut gigi tidak membatalkan puasa. Tetapi kena berhati-hati agar tidak menelan darah atau ubat. Menelan darah atau ubat atau air ketika itu boleh membatalkan puasa. Seeloknya ditangguhkan dan dilakukan pada waktu malam.sumber
          Jadi,  tak batal sebenarnya kalau membuat rawatan gigi umumnya ataupun mencabut gigi khasnya untuk mil. Tapi kenalah ikut prosedur seperti yang diatas. Kalau makan ubat atau menelan darah confirmlah batal puasa kita. Apapun, Bak kata Nabil Lu fikirlah sendiri.

Think it Use it
Jangan simpan

20 Orang Pengkritik:

;