Bulu & Nafsu

~~Assalamualaikum~~

!! 18sx !! under the age not be allowed to read...

Lelaki berbulu itu memiliki nafsu batin(Seks) yang kuat? Erk? Mil sebenarnya tertanya-tanya sebabnya mil sendiri mempunyai bulu tangan yang agak lebat. Ala, biasalah lelaki. Tapi hairan jugalah, bila mil tanya kawan-kawan perempuan, kata mereka “eeeeee, gelilah dengan lelaki berbulu”. Hmmm, kalau kawan-kawan lelaki pula “kau nak tauuu tak lelaki berbulu lebat ni kuat nafsunya”. 

          Berbalik pada cerita asal, mil ada membuat sedikit kajian melalui internet mengenai hubung kait diantara bulu dan nafsu batin. Menurut beberapa laman internet yang mil baca, lelaki yang mempunyai bulu yang lebat di mana-mana bahagian tubuhnya sebenarnya tidak mempunyai kaitan lansung dengan nafsu batin yang kuat. Hal ini kerana ia semata-mata berkaitan dengan genetik dan keturunan lelaki itu sendiri. Sebagai contoh, sesetengan lelaki mempunyai bulu dada dan sesetengah pula adalah sebaliknya. Misal kata, seseorang lelaki yang tidak mempunyai bulu dada pada umur sekitar 20 tahun, dan pada umur sekitar 40 tahun mempunyai bulu dada, ini tidak bermakna pertumbuhan itu adalah disebabkan oleh kecenderungan seks yang kuat. Ehem, bila tahu faktanya mesti rasa lega sangatkan. 

       Tapi berbeza pula dengan kaum wanita. Bagi wanita yang berbulu lebat pula selalunya mempunyai kecenderungan nafsu batin yang agak tinggi. Hal ini disebabkan mereka kemungkinan besar mempunyai hormon testosterone yang agak tinggi berbanding wanita yang kurang berbulu. Secara ringkasnya, salah satu fungsi testosteron adalah hormon yang menyebabkan satu dorongan seks yang lebih tinggi. Jadi, ini memungkinkan mereka mempunyai nafsu batin yang agak kuat. 

          Kesimpulannya, bagi mil lebat bulu atau tak, kuat nafsu atau tak, yang tahu akan keadaan diri kita yang sebenar adalah diri kita sendiri. Kalau rasa diri kuat nafsu, hmmmm agak-agaknya sendiri tahulah apa jawapannya. Jadi buat apa nak dengar cakap orang lain kecuali doktor pakar yang bagitahu. Ingatlah kita kena bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Tapi, mil ada satu persoalan, macam mana pula orang-orang Arab ataupun India, kalau nak cakap pasal bulu lelaki dan wanita sama saja? takkan semua kuat nafsu batin? Lu fikirlah sendiri kata Nabil.

*p/s: Sekiranya ada kesalahan fakta dan bahasa harap maaf, sesungguhnya mil nie tak EXPERT dalam hal ini.

Think it Use it
Jangan Simpan

19 Orang Pengkritik:

;