Belah Mulut Bayi (Tahnik)

~Assalamualaikum~

Hah? Budaya Belah Mulut Bayi? Mula-mula mil terdengar pasal budaya belah mulut terus terfikir movie saw dan final destination; fuuh seram siot. Tapi bila dapat tahu maksud sebenarnya, laaaaa TAHNIQ rupanya. Ala tahniq, upacara menyuap manisan ke mulut bayi baru lahir. Kalau di Sabah, keluarga mil buat macam tu juga, tapi tak panggillah belah mulut.

aHha, menurut sumber artikel yang mil baca:
Sunat 'Tahnik' atau belah mulut selalunya dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma (tamar) dan selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal, Ulama, dan Syeikh. Prosesnya ialah meletakkan sedikit manisan pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada kurma, manisan lain yang boleh digunakan juga adalah seperti titisan madu, nira nipah dan kelapa. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak selesa. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.  
Menurut sejarah zaman Rasulullah SAW pula:
Ia adalah antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW (sunnah) ke atas cucu baginda. Dengan cara ini diharap doa dan air liur daripada mulut Nabi dan orang-orang soleh yang sentiasa membesarkan Allah SWT dan ayat-ayat al-Quran ketika melakukan tahniq akan diwarisi oleh bayi berkenaan. Ketika itu juga bayi dinamakan dan dicukurkan rambut. Diikuti dengan akikah dengan menyembelih seekor kambing tanpa dipatah-patahkan tulang (kecuali potong pada sendi) untuk dijamu kepada orang ramai sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT dengan kelahiran seorang bayi. Ia dilakukan selepas tujuh hari bayi dilahirkan.
         Dah Tahu maksud Tahniq? Sebenarnya, budaya 'belah mulut' ini sememangnya sudah lama diamalkan dalam masyarakat melayu kita. Cumanya, dengar-dengar cara kita melakukan tahniq ini agak kurang bertepatan dengan sunnah nabi kita. Hal ini kerana tahniq betul adalah  dengan menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyah oleh Nabi (orang soleh) ke lelangit bayi (Kalau ada kesilapan maafkan mil). Apapun, bagi mil ini merupakan satu ilmu yang berguna untuk mil kongsikan bersama. Mungkin sebagai peringatan untuk kita tidak lupa melakukannya kelak mendapat cahaya mata. Oleh itu, sama-samalah kita mengambil yang baik dan membuang yang buruk. Bak kata Nabil, Lu fikirlah sendiri.


Think it, Use it
Jangan Simpan 


11 Orang Pengkritik:

;