22 Tahun

...thanx to her for this special gift..:)

~Assalamualaikum~

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI mil masih bernafas sehingga hari ini. Paling best, masih diberi kesempatan untuk menyambut hari kelahiran bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan. Pejam celik tak sangka mil dah berumur 22tahun, padahal mil rasa macam kemarin sahaja berjalan berjalan di dunia yang cukup luas ini. Sepanjang 22tahun banyak pengalaman yang mil dapat, Alhamdulillah. Apapun, semoga umur yang semakin meningkat in mil semakin matang dan bertanggungjawab terhadap diri mil, keluarga dan orang lain. AMIN


Presiden Termiskin Di Dunia


~Assalamualaikum~


Terbaca sebuah artikel presiden termiskin di dunia. Ah? Miskin? Lah kesiannya presiden tu. Pada mulanya itulah yang mil fikirkan. Bak kata orang jangan baca separuh jalan saja, biar sampai habis. Rupa-rupanya, kisah seorang presiden yang baik hati. Laaa, macam kisah cerita dongeng laa pula.

     Nama presiden tersebut adalah José Mujica, seorang presiden dari negara Uruguay. Apa yang menarik perhatian mil tentang beliau, jika diikutkan presiden ini tidak miskin kerana setiap bulan pasti akan  menerima gaji sebanyak Rm40,000 sebulan. Woooo, banyak gileeeerrrr tu. Tetapi, beliau akan mendermakan 90% daripada gajinya untuk membantu golongan miskin dan usahawan kecil. Secara puratanya, beliau hanya mengambil RM2,500 sebulan. Rasanya gaji seorang cikgu lagi tinggi.

Ini katanya;
“Saya digelar sebagai presiden paling miskin di dunia tetapi saya langsung tidak berasa miskin. Orang Miskin adalah mereka yang berusaha memenuhi kehendak hidup serba mewah dan akhirnya sentiasa tamak untuk mendapatkan harta”
     Kesimpulannya, rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah S.W.T seperti makan, minum, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya. Apa pendapat anda? Eh kejap, rasanya di Kelantan ada seorang pemimpin yang macam ini?

Think it Use it Jangan Simpan...
;